YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA
telah ditubuhkan pada tahun 1999. Pertubuhan ini adalah merupakan
pertubuhan amal bagi tujuan membantu golongan yang kurang berkeupayaan
dari segi material, fizikal dan kerohanian. Ia juga merupakan suatu
tindakan pemangkin ke arah pembangunan yang serba kekurangan ke suatu
tahap yang lebih baik.
MATLAMAT PENUBUHAN
MATLAMAT PENUBUHAN
- Menyediakan institusi pengajian pendidikan bagi semua kaum di Malaysia mengikut keperluan kaum dan agama masing‐masing. Bagi pelajar beragama Islam akan disediakan Pusat Tahfiz Al‐Quran, manakala pelajar bukan beragama Islam, disediakan pendidikan sivik/moral dengan kebenaran Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan.
- Menyatupadukan masyarakat Islam Malaysia ke arah pelaksanaan amal Ma’aruf dan mencegah nahi mungkar dengan mengadakan majlis-majlis syarahan agama, diskusi, forum serta segala bentuk kegiatan ilmiah yang menyumbang kepada jalan Allah.
- Membantu masyarakat Islam di dalam bidang perniagaan dan perusahaan dengan melaksanakan projek‐projek kebajikan serta membiayai segala rancangan amal ma`aruf kepada jalan Allah.
- Menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Islam dan ahli Yayasan yang da`if dan kurang upaya dari segi sara‐hidup, pendidikan serta bantuan kecemasan ketika kemalangan, khairat dan perbelanjaan kesihatan.
- Memupuk persefahaman di antara ahli Yayasan dan majikan dari sektor kerajaan atau swasta bagi menyelesaikan permasalahan keagamaan, ekonomi dan sosial untuk kebaikan kedua belah pihak.
- Mencari atau mendapatkan harta bergerak dan tidak bergerak seperti tanah pembangunan,pertanian dan sebagainya dengan syarat segala keuntungan yang diperolehi daripada aktiviti ini hendaklah digunakan untuk kemajuan yayasan.
- Mengutip derma atau sumbangan daripada orang perseorangan atau mana-mana organisasi bagi melanjutkan aktiviti pertubuhan dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
- Menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke atas mereka yang miskin dan tidak berkeupayaan bagi memupuk persefahaman masyarakat di Malaysia.